ico excl ico excl

PERINGATAN

Adalah diingatkan bahawa perbuatan menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan apa-apa FILEM (TERMASUK IKLAN DAN PROMOSI) atau BAHAN PUBLISITI FILEM yang belum/tidak diluluskan oleh LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6, Akta Penapisan Filem 2002.

Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan tersebut boleh dikenakan hukuman DENDA tidak kurang daripada LIMA RIBU RINGGIT (RM5,000) dan tidak lebih daripada TIGA PULUH RIBU RINGGIT (RM30,000) atau DIPENJARAKAN selama tempoh tidak melebihi TIGA (3) TAHUN atau kedua-duanya.

Sebarang masalah atau aduan berkaitan sistem ini boleh diajukan menerusi butang ADUAN.
Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2024.


  PENGUMUMAN / MAKLUMAN

  WAKTU PENGOPERASIAN KAUNTER   Isnin 11 MAC 2024   
  • NOTIS MAKLUMAN WAKTU PENGOPERASIAN KAUNTER BAYARAN PEJABAT PENAPISAN FILEM PADA BULAN RAMADAN 1445 H / TAHUN 2024


    HARI WAKTU OPERASI
    ISNIN - KHAMIS 8:30 AM - 1:00 PM
    1:00 PM - 1:30 PM (REHAT)
    1:30 PM - 3:30 PM
    JUMAAT 8:30 AM - 12:15 PM
    12:15 PM - 2:15 PM (REHAT)
    2:15 PM - 3:30 PM

    * WAKTU OPERASI INI HANYA TERPAKAI SEPANJANG BULAN RAMADAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA


    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


           Urusetia : Encik Muhammad Shahrin / Puan Sharifah Haziah

           Talian : 03-88863181 / 03-88863175


    Perhatian dan kerjasama tuan / puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sekian.


    Baru
  PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA   Rabu 13 DIS 2023   
  • KETETAPAN BAHARU BAGI PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA YANG DIBENARKAN BAGI TUJUAN PENAPISAN IKLAN FILEM DAN IKLAN PITA OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM



    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Y. Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan,


    Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.


    2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat ketetapan baharu bagi penggunaan bahasa sari kata yang dibenarkan bagi tujuan penapisan iklan filem dan iklan pita oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) yang didaftarkan mengikut bahasa dibenarkan mempunyai bahasa sari kata.


    3. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran Ketetapan Baharu bagi Penggunaan Bahasa Sari Kata Yang Dibenarkan Bagi Tujuan Penapisan Iklan Filem dan Iklan Pita oleh Lembaga Penapis Filem untuk rujukan dan perhatian pihak Y. Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan selanjutnya.


    Lampiran:

        SURAT EDARAN KETETAPAN BAHARU BAGI PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA (IKLAN FILEM/PITA)

    4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/ tuan/ puan di dalam mematuhi ketetapan ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

  PENUKARAN NAMA BANGUNAN KERAJAAN KOMPLEKS D   Isnin 21 OGOS 2023   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN BERHUBUNG PENUKARAN NAMA BANGUNAN, KERAJAAN KOMPLEKS D KEPADA KOMPLEKS SETIA PERKASA


    Adalah dimaklumkan bahawa Bangunan Kerajaan Kompleks D telah ditukar nama kepada KOMPLEKS SETIA PERKASA. Sehubungan itu, penggunaan frasa nama Kompleks Setia Perkasa menggantikan Kompleks D adalah berkuatkuasa dengan serta merta. Justeru itu, segala urusan surat-menyurat bagi Pejabat Penapisan Filem (PPF) adalah menggunakan alamat seperti butiran berikut.


    Kementerian Dalam Negeri
    Pejabat Penapisan Filem
    Aras 2, Setia Perkasa 2
    Kompleks Setia Perkasa
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62546, Putrajaya


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  PEMAKLUMAN KEPADA SYARIKAT / PENGEDAR   Khamis 06 APR 2023   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,.


    Dimaklumkan bahawa, semua urusan proses Penapisan Filem dengan Lembaga Penapis Filem hendaklah dibayar di atas nama “Akauntan Negara Malaysia” berkuatkuasa mulai 02 Mei 2023.


    Kerjasama dan perhatian dan pihak Syarikat/ Pengedar berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

<
  KEPERLUAN KELULUSAN (LPF) BAGI TAYANGAN UMUM   Khamis 26 JAN 2023   
  • KEPERLUAN MENDAPATKAN KELULUSAN LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) BAGI TAYANGAN UMUM
    TERMASUK TAYANGAN PERDANA (PREMIERE SCREENING) DAN PROMOSI FILEM DI PAWAGAM ATAU PREMIS LAIN


    Dimaklumkan bahawa, sebarang tujuan tayangan perdana (premiere screening) dan promosi filem di pawagam atau premis-premis lain hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF).


    Adalah diingatkan bahawa kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan hukuman DENDA tidak kurang daripada LIMA RIBU RINGGIT (RM5,000) dan tidak lebih daripada TIGA PULUH RIBU RINGGIT (RM30,000) atau DIPENJARAKAN selama tempoh tidak melebihi TIGA (3) TAHUN atau kedua-duanya.


  PELAKSANAAN KLASIFIKASI FILEM BAHARU   Khamis 26 JAN 2023   
  • PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN BAGI KLASIFIKASI FILEM BAHARU OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM, KEMENTERIAN DALAM NEGERI


    Dimaklumkan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) akan melaksanakan Klasifikasi Filem Baharu yang telah ditambah baik dengan merangkumi lima (5) kategori yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Februari 2023. Sehubungan itu, keterangan mengenai klasifikasi filem tersebut boleh dimuat turun seperti surat di Lampiran:


    Lampiran:

       i . SURAT PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KLASIFIKASI FILEM BAHARU OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF)
       ii. LOGO KLASIFIKASI FILEM 2023
                 - KLASIFIKASI   U
                 - KLASIFIKASI   P12
                 - KLASIFIKASI   13
                 - KLASIFIKASI   16
                 - KLASIFIKASI   18

    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut::

      1.  Puan Nor Azrah Binti Abd Rasid, di talian: 03 – 8886 3188; dan

      2.  Puan Mimi Noorzeela Binti Zulma, di talian: 03 – 8886 3228


    Perhatian dan kerjasama pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  PELAKSANAAN URUSAN PERAKUAN B   Khamis 17 NOV 2022   
  • PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN URUSAN BERKAITAN PERAKUAN B


    Dimaklumkan bahawa berdasarkan maklum balas yang diterima oleh Kementerian ini daripada pihak industri filem dan agensi kerajaan khususnya semasa sesi libat urus antara Lembaga Penapis Filem (LPF) bersama-sama operator pawagam pada 12 Julai 2022, tempoh yang telah ditetapkan untuk operator pawagam menunggu Perakuan B yang asal diterima daripada pengedar filem sebagai bukti kepada pegawai penguatkuasa Kementerian ini bahawa semua filem yang ditayangkan memiliki Perakuan B adalah seperti surat di Lampiran.


    Lampiran : SURAT PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN URUSAN BERKAITAN PERAKUAN B

    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


    Perakuan B

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof.

    Talian: 03-88863182 / 03-88863339


    Perhatian dan kerjasama operator pawagam dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

 GARIS PANDUAN BAGI PENGIKLANAN   Jumaat 4 NOV 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengeluarkan satu Garis Panduan Bagi Permohonan Penapisan Filem Iklan Dan Filem Promosi (Home Shopping/ Jualan Langsung) bagi Produk Barangan Elektrik dan Elektronik serta Peralatan atau Peranti Frekuensi bagi memastikan segala perundangan berkaitan barangan elektrik dan elektronik serta peralatan atau peranti frekuensi dipatuhi.


    Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Bagi Permohonan Penapisan Filem Iklan Dan Filem Promosi (Home Shopping/ Jualan Langsung) bagi Produk Barangan Elektrik dan Elektronik serta Peralatan atau Peranti Frekuensi untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat. Garis panduan ini adalah berkuatkuasa serta merta mulai tarikh surat ini dikeluarkan.


    Lampiran : GARIS PANDUAN IKLAN DAN PROMOSI

    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Harap Maklum


 PERAKUAN B DAN BAHAN PUBLISITI (PITA & FILEM)  Ahad 18 SEP 2022   




  • Dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah melaksanakan penambahbaikan bagi Modul Perakuan B dan Bahan Publisiti (Pita & Filem) berkuatkuasa mulai 18 September 2022 (Ahad).


    Antara proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran dilaksanakan setelah permohonan Bahan Publisiti (Pita & Filem) dikemukakan;
    • Borang senarai pawagam bagi permohonan Perakuan B untuk tujuan tayangan di pawagam perlu dikemukakan dan dimuat naik di dalam Sistem iLPF; dan
    • Syarikat dibenarkan untuk mengemaskini dokumen/media yang bermasalah bagi permohonan Perakuan B dan Bahan Publisiti (Pita & Filem) di dalam Sistem iLPF (sekiranya berkaitan).

    Sila rujuk infografik yang disertakan untuk penambahbaikan yang terlibat.


    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


    Perakuan B / Bahan Publisiti (Pita & Filem)

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof.

    Talian: 03-88863182 / 03-88863339


    Perhatian dan kerjasama pihak syarikat dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

 PENAMBAHBAIKAN PERMOHONAN PERAKUAN B   Selasa 16 OGOS 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan maklum balas yang diterima daripada industri filem dan agensi kerajaan, terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas prosedur permohonan Perakuan B bagi tujuan tayangan di pawagam. Sehubungan itu, sementara perubahan di dalam Sistem iLPF dapat diselesaikan, senarai pawagam berserta bilangan DCP dan kuantiti Perakuan B yang dipohon hendaklah dikemukakan dalam permohonan Perakuan B berkuatkuasa mulai 18 Ogos 2022. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan di tolak.


    Bersama-sama ini disertakan pautan Borang Senarai Pawagam untuk tindakan pihak syarikat semasa mengemukakan permohonan Perakuan B. Pihak syarikat juga boleh mengemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat emel kepada pegawai-pegawai seperti berikut sariah@moha.gov.my dan zalilah@moha.gov.my


    Lampiran : BORANG SENARAI PAWAGAM

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:


    Perakuan B

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof

    Talian: 03-88863182/ 03-88863339


    Harap Maklum


 Aliran Proses Permohonan Perakuan A Syarikat  Selasa 21 Jun 2022   


  • Dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah melaksanakan penambahbaikan bagi Modul Perakuan A (Pita & Filem) yang baharu dan ianya telah berkuatkuasa mulai 19 Jun 2022 (Ahad).


    Proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran Pertama perlu dilaksanakan setelah permohonan Perakuan A (Pita & Filem) dikemukakan; dan
    • Syarikat dibenarkan untuk mengemaskini dokumen/media yang bermasalah bagi permohonan Perakuan A (Pita & Filem) di dalam sistem iLPF (sekiranya berkaitan).

    Sila rujuk infografik dan lampiran Kadar Bayaran Penapisan Filem yang disertakan untuk penambahbaikan yang terlibat.

    Kadar Bayaran Penapisan Filem

    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :


    Perakuan A - Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Perakuan A - Filem

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah

    Talian: 03-88863182


    Sekian, terima kasih.


 Borang Perakuan Berkanun   Selasa 22 Mac 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan bagi Borang Perakuan Berkanun Hak Cipta.


    Bersama-sama ini disertakan Borang Perakuan Berkanun tersebut untuk tindakan pihak syarikat semasa mengemukakan permohonan penapisan filem.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Perakuan A (Pita)

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa/ Puan Fariza binti Mat Lazid

    Talian: 03-88863237/ 03-88863338


    Borang Perakuan Berkanun
 Garis Panduan Pengiklanan  JUMAAT 18 Feb 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa satu Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma telah dikeluarkan bagi memastikan segala perundangan berkaitan kutipan derma dipatuhi.


    Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma
 PEKELILING BAHARU : PEKELILING LPF BIL. 2/2021  JUMAAT 1 OKT 2021   
  • Adalah dimaklumkan bahawa satu Pekeliling baharu telah dikeluarkan bagi penambahbaikan dari segi penamaan tajuk filem dan pita iklan serta penyeragaman papan cerita untuk tujuan penapisan filem oleh Lembaga Penapis Filem.


    Bersama-sama ini disertakan Pekeliling LPF Bil.2/2021 untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    PEKELILING LPF BIL. 2/2021
 Aliran Proses Permohonan Iklan oleh Syarikat  JUMAAT 9 JUL 2021   


  • Adalah dimaklumkan bahawa penambahbaikan proses pada Modul Iklan Pita/ Modul Iklan Pita dalam Talian/ Modul Iklan Filem/ Modul Iklan Filem Dalam Talian akan dilaksanakan berkuatkuasa mulai 12 Julai 2021.


    Proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran dibuat setelah penghantaran permohonan iklan
    • Bagi permohonan di dalam Modul Iklan Pita Dalam Talian dan Modul Iklan Filem Dalam Talian, pihak syarikat boleh mengemukakan media secara dalam talian mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

    Sila rujuk infografik yang disertakan untuk aliran proses-proses tersebut.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Iklan Filem

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah

    Talian: 03-88863182

 Sistem e-Temujanji KDN  KHAMIS 11 MAC 2021   
  • ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) TELAH MENYELARASKAN SEMUA URUSAN YANG MELIBATKAN KAUNTER PERKHIDMATAN DENGAN MENGGUNAPAKAI SISTEM e-TEMUJANJI. SEHUBUNGAN ITU, SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA URUSAN TEMUJANJI KAUNTER PEJABAT PENAPISAN FILEM KDN PERLU DIDAFTARKAN MELALUI SISTEM e-TEMUJANJI KDN MULAI 15 MAC 2021 DI PAUTAN: https://etemujanji.moha.gov.my/ .


    SLOT TEMUJANJI PERLU DIPOHON 2 HARI SEBELUM TARIKH URUSAN BERKENAAN. PENGESAHAN TARIKH TEMUJANJI AKAN DIBERIKAN MELALUI E-MEL YANG DIDAFTARKAN DALAM SISTEM e-TEMUJANJI SAHAJA.


    BAGI SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI URUS SETIA DI TALIAN 03-8886 3094.


    SEKIAN, TERIMA KASIH.


  LUPA KATA LALUAN