PENGUMUMAN / MAKLUMAN

  PEMAKLUMAN AI DALAM FILEM   Rabu 04 MAC 2026   
  • TERKINI

    PENGUMUMAN PELETAKAN NOTA PEMAKLUMAN BAGI PENGGUNAAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE) DI DALAM KANDUNGAN FILEM


    Dimaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengeluarkan satu ketetapan baharu bagi peletakan nota pemakluman bagi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di dalam kandungan filem.


    Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman bernombor rujukan KDN.600-17/6/8(3) bertarikh 4 Mac 2026 yang menjelaskan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak syarikat selanjutnya.


    Lampiran:


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Nama: Puan Zurina binti Zulkifli
    No. Telefon: 03 - 8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
    No. Telefon: 03 - 8886 3237
    E-mel: zatuliffah@moha.gov.my


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  TATACARA PERMOHONAN FILEM PRATONTON / PREVIU   Rabu 04 MAC 2026   
  • TERKINI

    PEMAKLUMAN BERKAITAN TATACARA DAN PROSEDUR PERMOHONAN FILEM PRATONTON ATAU PREVIU


    1. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, filem pratonton atau previu merujuk kepada suatu kemudahan yang hanya disediakan kepada filem tempatan bagi membolehkan pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan mengemukakan karya kreatif masing-masing kepada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk tujuan penilaian awal sebelum dikemukakan filem mutakhir tersebut bagi proses penapisan rasmi.


    2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat pemakluman yang berkaitan Tatacara Dan Prosedur Permohonan Filem Pratonton atau Previu untuk rujukan dan perhatian selanjutnya:


    Lampiran:


    3. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama: Puan Zurina binti Zulkifli
    No. Telefon: 03 - 8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama: Puan Mimi Noorzeela binti Zulma
    No. Telefon: 03 - 8886 3228
    E-mel: noorzeela@moha.gov.my


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PPF   Jumaat 27 FEB 2026   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN KAUNTER PEJABAT PENAPISAN FILEM
    KEMENTERIAN DALAM NEGERI ARAS G, SETIA PERKASA 2, KOMPLEKS SETIA PERKASA, PUTRAJAYA
    SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026


    Adalah dimaklumkan bahawa sempena sambutan perayaan HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026, proses terimaan bayaran penapisan filem di kaunter Pejabat Penapisan Filem (PPF), Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:


    TARIKH AKHIR TERIMA BAYARAN 17 Mac 2026 (Selasa)
    TARIKH PENUTUPAN KAUNTER 18 Mac 2026 – 29 Mac 2026
    TARIKH PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER 30 Mac 2026 (Isnin)

    Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk merancang segala urusan permohonan Penapisan Filem dengan sebaiknya agar ianya dapat berjalan dengan lancar di sepanjang tempoh penutupan kaunter PPF.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  TATACARA PERMOHONAN PERAKUAN B   Selasa 24 FEB 2026   
  • PEMAKLUMAN BERKAITAN TATACARA DAN PROSEDUR PERMOHONAN PERAKUAN B


    1. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 16, Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620], pemunya sesuatu filem yang telah memperoleh kelulusan Perakuan A daripada Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri, dan bercadang untuk menayangkan filem tersebut di pawagam melebihi daripada satu (1) lokasi, hendaklah mengemukakan permohonan Perakuan B mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh LPF.


    2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat pemakluman yang berkaitan Tatacara Dan Prosedur Permohonan Perakuan B untuk rujukan dan perhatian selanjutnya:


    Lampiran:


    3. Tayangan filem di pawagam yang tidak mendapat kelulusan LPF dan Perakuan B bagi tiap-tiap salinan pendua filem tersebut, boleh ditafsirkan sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang Akta 620 yang sedang berkuatkuasa.


    4. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama: Puan Zurina binti Zulkifli
    No. Telefon: 03 - 8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama: Puan Sariah binti Yusof
    No. Telefon: 03 - 8886 3339
    E-mel: sariah@moha.gov.my


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  TATACARA PERMOHONAN PENAPISAN FILEM   Selasa 24 FEB 2026   
  • PEMAKLUMAN BERKAITAN TATACARA DAN PROSEDUR PERMOHONAN PENAPISAN FILEM


    1. Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Lembaga Penapis Filem (LPF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab dalam melaksanakan penapisan filem dan bahan publisiti filem selaras dengan peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] serta Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024 yang sedang berkuatkuasa.


    2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat pemakluman yang berkaitan Tatacara Dan Prosedur Permohonan Penapisan Filem untuk rujukan dan perhatian selanjutnya:


    Lampiran:


    3. Kegagalan untuk mematuhi perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan permohonan tersebut ditolak dan tidak akan diproses oleh LPF dengan tiada sebarang pemulangan bayaran.


    4. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama: Puan Zurina binti Zulkifli
    No. Telefon: 03 - 8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama: Puan Mimi Noorzeela binti Zulma
    No. Telefon: 03 - 8886 3228
    E-mel: noorzeela@moha.gov.my


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  WAKTU OPERASI KAUNTER   Khamis 19 FEB 2026   
  • MAKLUMAN


    Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    WAKTU OPERASI PEKHIDMATAN KAUNTER
    PEJABAT PENAPISAN FILEM
    PADA BULAN RAMADAN 1447H / TAHUN 2026


    HARI WAKTU OPERASI
    ISNIN – KHAMIS 8.30 AM - 1:00 PM
    1:00 PM - 1:30 PM (REHAT)
    1:30 PM - 3:30 PM
    JUMAAT 8:30 AM - 12:30 PM
    12:30 PM - 2:30 PM (REHAT)
    2:30 PM - 3:30 PM


    **WAKTU OPERASI INI BERKUAT KUASA SEPANJANG BULAN RAMADAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA


    -TERIMA KASIH-


  ISU TEKNIKAL SISTEM iPAYMENT   Selasa 10 FEB 2026   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PEMAKLUMAN ISU TEKNIKAL SISTEM iPAYMENT


    Dimaklumkan bahawa sistem iPayment kini mengalami isu teknikal melibatkan fungsi muat naik resit, di mana nombor resit telah dijana namun resit tidak dapat dimuat naik oleh pihak syarikat.


    Sehubungan itu, pihak syarikat dinasihatkan untuk mengunci masuk aduan dalam sistem iPayment melalui bahagian Pertanyaan serta mengemukakan lampiran sokongan seperti berikut:


    1. Screenshot emel notifikasi bayaran berjaya daripada iPayment;
    2. Penyata bank;
    3. Slip bayaran berjaya melalui e-wallet/ Online Banking;
    4. Screenshot sejarah transaksi yang menunjukkan amaun telah ditolak; dan
    5. Notifikasi Bayaran Berjaya Daripada Pihak Bank


    Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

  TATACARA PERAKUAN A (PITA) BERSIRI   Jumaat 06 FEB 2026   
  • Dimaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengeluarkan satu ketetapan baharu bagi tatacara permohonan Perakuan A (Pita) bersiri bagi sistem Pengurusan Penapisan Filem (sistem iLPF).


    Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman bernombor rujukan KDN.600-17/6/8(1) bertarikh 5 Februari 2026 yang menjelaskan maksudnya untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Lampiran:


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Unit Iklan/Pita
    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
    Talian: 03 - 8886 3237


    Urusetia: Puan Fariza binti Mat Lazid
    Talian: 03 - 8886 3338


    Sekian, terima kasih.

  PEMBAYARAN iPAYMENT   Jumaat 06 FEB 2026   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PEMBAYARAN iPAYMENT


    Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembayaran melalui sistem iPayment telah dibuka semula dan boleh digunakan seperti biasa.


    Sehubungan itu, semua pelanggan boleh melaksanakan pembayaran melalui sistem iPayment berkuat 03 Februari 2026 (Selasa).


    Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

  PENAMBAHBAIKAN TATACARA PEMBAYARAN   Isnin 19 JAN 2026   
  • SEMUA SYARIKАТ, PENGEDAR & STESEN TELEVISYEN


    YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan,


    PEMAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN TATACARA PEMBAYARAN DI SISTEM PENGURUSAN PENAPISAN FILEM (ILPF)


    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


    2. Untuk makluman pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan, terdapat penambahbaikan ke atas Sistem iLPF berkaitan dengan modul pembayaran yang akan berkuat kuasa mulai 14 Januari 2026 (Rabu).


    3. Penambahbaikan Sistem iLPF ini merangkumi proses kerja seperti berikut:


    i. Bagi proses muat naik resit iPayment terdapat penambahan pada cara pembayaran dan tarikh resit iPayment pada senarai bayaran syarikat.
    ii. Bagi invois bayaran tambahan, pihak syarikat dikehendaki membuat pemilihan kaedah bayaran sama ada melalui kaunter atau iPayment. Sekiranya pihak syarikat tidak membuat pemilihan kaedah bayaran, sistem tidak akan menjana invois bayaran tambahan tersebut.
    iii. Bagi bayaran oleh stesen televisyen, pihak syarikat perlu membuat pemilihan kaedah bayaran sama ada melalui kaunter atau iPayment sebelum urusan pembayaran dapat diteruskan.

    4. Sehubungan itu, pihak syarikat dan pengedar adalah dikehendaki untuk mengambil maklum berhubung penambahbaikan yang dilaksanakan. Bersama-sama ini disertakan Manual Pengguna dan Tatacara Pembayaran iPayment sebagai rujukan pihak tuan/puan.


    5. Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut berhubung pembayaran boleh hubungi pegawai berikut:


    Pembayaran iPayment
    Nama pegawai: Puan Sharifah Haziah binti Syed Yahya
    No. Telefon: 03 – 8886 3181
    E-mel: sh.haziah@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Norhafizah binti Jailani
    No. Telefon: 03 – 8886 3175
    E-mel: norhafizah.jailani@moha.gov.my


    Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai bagi memastikan pelaksanaan perubahan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.


    Sekian, terima kasih.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Selasa 13 JAN 2026   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PEMBAYARAN SECARA iPAYMENT


    Dimaklumkan bahawa pembayaran melalui sistem iPayment ditutup buat sementara waktu berikutan masalah teknikal yang sedang dihadapi. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk melaksanakan pembayaran secara kaunter sehingga dimaklumkan kelak.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Rabu 07 JAN 2026   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM IPAYMENT UNTUK AKTIVITI PENYELENGGARAAN


    Dimaklumkan bahawa sistem iPayment akan melaksanakan penutupan sementara bagi tujuan troubleshooting dan penyelesaian isu-isu teknikal seperti ketetapan berikut.


    TEMPOH PENUTUPAN TEMPOH PEMBUKAAN SEMULA
    12.01 PAGI
    07 JANUARI 2026 (RABU)
    HINGGA
    12.00 MALAM
    08 JANUARI 2026 (KHAMIS)
    MULAI 12.01 PAGI
    9 JANUARI 2026
    (JUMAAT)

    Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk melaksanakan bayaran secara kaunter sepanjang penyelenggaraan Sistem iPayment.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER & iPAYMENT   Rabu 17 DIS 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PROSES TERIMAAN KERAJAAN MELALUI KAUNTER DAN SISTEM iPAYMENT BAGI TAHUN 2025
    KAUNTER PEJABAT PENAPISAN FILEM,
    KEMENTERIAN DALAM NEGERI ARAS G, SETIA PERKASA 2, KOMPLEKS SETIA PERKASA, PUTRAJAYA


    Adalah dimaklumkan bahawa Proses Terimaan Kerajaan melalui kaunter dan ipayment akan ditutup sementara berikutan pelaksanaan Penutupan Akhir Tahun Kerajaan Persekutuan bagi Tahun 2025 , proses terimaan bayaran penapisan filem di kaunter Pejabat Penapisan Filem (PPF), Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:


    TARIKH AKHIR TERIMA BAYARAN 26 Disember 2025 (Jumaat)
    TARIKH PENUTUPAN KAUNTER & iPAYMENT 29 Disember 2025 – 01 Januari 2026
    TARIKH PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER & iPAYMENT 02 Januari 2026 (Jumaat)

    Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk merancang segala urusan permohonan Penapisan Filem dengan sebaiknya agar ianya dapat berjalan dengan lancar di sepanjang tempoh penutupan kaunter PPF.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  TAYANGAN FILEM FESTIVAL   Isnin 08 DIS 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    PERMOHONAN PERAKUAN A FILEM BAGI TAYANGAN FILEM FESTIVAL


    1. Dimaklumkan bahawa permohonan Perakuan A Filem bagi Filem Festival melalui sistem iLPF hendaklah dilampirkan berserta dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan penapisan filem oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) seperti berikut:


    i.Hanya satu (1) tajuk filem dikemukakan bagi setiap permohonan di dalam satu (1) bahan media;
    ii.Dokumen sokongan iaitu Surat Rasmi daripada pihak penganjur atau syarikat hendaklah lengkap (tujuan, tarikh festival dan lokasi) dan dimuat naik dalam sistem iLPF; dan
    iii.Amaun bagi bayaran pertama dan kedua yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui slip invois bayaran dalam sistem iLPF.


    2. Kegagalan untuk mengemukakan keperluan seperti yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan tersebut ditolak dan tidak akan diproses oleh LPF. Adalah diingatkan juga bahawa pemulangan bayaran tidak akan dibuat bagi permohonan yang ditolak atau dibatalkan.


    3. Untuk sebarang penjelasan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama pegawai: Puan Zurina binti Zulkifli
    No. Telefon: 03 – 8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Mimi Noorzeela binti Zulma
    No. Telefon: 03 – 8886 3228
    E-mel: noorzeela@moha.gov.my


    Perhatian dan kerjasama dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Selasa 11 NOV 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT AKAN DILAKSANAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT


    TARIKH & MASA | MULA Jumaat 14 Nov 2025 8:30 pagi
    TARIKH & MASA | TAMAT Jumaat 14 Nov 2025 8:00 malam

    Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk membuat bayaran secara kaunter sepanjang penyelenggaraan iPayment tersebut.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Khamis 09 OKT 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT AKAN DILAKSANAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT


    TARIKH & MASA | MULA Jumaat 10 Okt 2025 9:30 pagi
    TARIKH & MASA | TAMAT Selasa 14 Okt 2025 3:30 petang

    Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk membuat bayaran secara kaunter sepanjang penyelenggaraan iPayment tersebut.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Rabu 27 OGOS 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT AKAN DILAKSANAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT


    TARIKH & MASA | MULA Selasa 2 Sept 2025 12:05 pagi
    TARIKH & MASA | TAMAT Rabu 3 Sept 2025 9:00 malam

    Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk melaksanakan bayaran secara kaunter sepanjang tempoh penyelenggaraan iPayment.


    Perhatian daripada semua pelanggan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT   Khamis 07 OGOS 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM iPAYMENT AKAN DILAKSANAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT


    TARIKH & MASA | MULA Isnin 11 Ogos 2025 12:05 pagi
    TARIKH & MASA | TAMAT Selasa 12 Ogos 2025 9:00 malam

    Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pelanggan adalah dipohon untuk membuat bayaran secara kaunter sepanjang penyelenggaraan ipayment tersebut.


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PEMBAYARAN SISTEM iPAYMENT   Jumaat 10 JUL 2025   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN BERKENAAN PROSES PEMBAYARAN MELALUI SISTEM iPAYMENT


    Untuk makluman tuan/puan, proses pembayaran melalui sistem iPayment akan dilaksanakan berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak syarikat melalui Sistem iLPF. Setiap permohonan yang diterima akan disemak dan dinilai oleh Pejabat Penapisan Filem sebelum bil dikunci masuk ke dalam sistem iPayment.


    Setelah proses pengesahan bil disempurnakan di dalam sistem iPayment, pihak syarikat akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel berdaftar. Selain itu, syarikat juga boleh membuat semakan bil secara manual melalui sistem iPayment dengan menggunakan nombor rujukan invois iLPF.


    Sehubungan itu, bagi syarikat yang pertama kali ingin menggunakan kaedah pembayaran melalui sistem iPayment, adalah dimohon untuk menghubungi Unit Kewangan, Pejabat Penapisan Filem di talian 03-88863175 (Norhafizah binti Jailani) / 03-88863181 (Sharifah Haziah binti Syed Yahya) terlebih dahulu bagi tujuan pendaftaran dan penyelarasan awal.


    Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang diterima pada jam 4.30 petang dan ke atas akan diproses, disemak serta dikunci masuk ke dalam sistem iPayment pada hari bekerja berikutnya.


    Perhatian semua berhubung perkara ini amatlah dihargai.


    Sekian.

  PERINGATAN MENCETAK PERAKUAN A   Rabu 11 JUN 2025   
  • PERINGATAN UNTUK MENCETAK PERAKUAN A BAGI FILEM-FILEM YANG TELAH DILULUSKAN OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM


    1. Selaras peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Penapisan FIlem 2002 [Akta 620], pemunya sesuatu filem hendaklah mengecapkan tanda kelulusan dan mempamerkan perakuan-perakuan yang dikeluarkan oleh Kementerian ke atas setiap filem yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan melalui sistem iLPF, Pejabat ini mendapati bahawa terdapat syarikat daripada pihak YBhg, Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan yang masih lagi tidak mencetak Perakuan A bagi filem-filem milik syarikat setelah mendapat kelulusan LPF.


    2. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat peringatan yang menjelaskan maksudnya untuk perhatian dan tindakan selanjutnya;


    Lampiran:


    3. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  PEMBAYARAN iPAYMENT   JUMAAT 25 APR 2025   
  • Kepada semua SYARIKAT FILEM, PENGEDAR FILEM & SYARIKAT TELEVISYEN


    YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan,


    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) selaras dengan pelaksanaan Pelan Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, di bawah Inisiatif Pemantapan Masyarakat Tanpa Tunai berkuat kuasa pada 01 Februari 2025.


    3. Sehubungan itu, Pejabat Penapisan Filem telah menambah baik kaedah pembayaran bagi semua jenis permohonan di sistem iLPF dengan melaksanakan pembayaran secara dalam talian melalui sistem iPayment. Modul pembayaran yang disediakan adalah seperti berikut;

    • → DuitNow Online Banking / Wallets
    • → Kad Debit, Kad Kredit dan Kad Prabayar
    • → DuitNow QR
    • → E-Dompet

    4. Untuk menggunakan kemudahan pembayaran melalui sistem iPayment, pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan dikehendaki membuat pendaftaran kali pertama di portal iPayment melalui pautan https://ipayment.anm.gov.my .


    5. Justeru, adalah dipohon pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk mengemas kini maklumat syarikat, termasuk alamat, nombor telefon dan alamat emel, di dalam sistem iLPF. Langkah ini bertujuan untuk memastikan data yang direkodkan adalah seragam dan tepat, sekali gus memudahkan proses pengeluaran resit bayaran melalui sistem iPayment.


    6. Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung proses kemaskini maklumat syarikat di dalam sistem iLPF atau pembayaran melalui sistem iPayment, sila hubungi pegawai-pegawai berikut;


    Pembayaran iPayment:


    Nama pegawai: Puan Sharifah Haziah binti Syed Yahya
    Nombor telefon: 03-8886 3181
    E-mel: sh.haziah@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Norhafizah binti Jailani
    Nombor telefon: 03-8886 3175
    E-mel: norhafizah.jailani@moha.gov.my


    Pendaftaran Syarikat:


    Nama pegawai: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
    Nombor telefon: 03-8886 3237
    E-mel: zatuliffah@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Norila binti Amri
    Nombor telefon: 03-8886 3238
    E-mel: norila@moha.gov.my


    Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.


    Lampiran:


  SENARAI SEMAK DOKUMEN PERAKUAN A FILEM   Rabu 9 APR 2025   
  • 1. Dimaklumkan bahawa setiap permohonan bagi Perakuan A Filem untuk tujuan penapisan filem oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan dokumen sokongan rasmi mengikut setiap jenis permohonan.


    2. Dilampirkan senarai dokumentasi bagi tujuan Penapisan Filem oleh LPF untuk rujukan dan perhatian selanjutnya;


    Lampiran:


    3. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen sokongan seperti ditetapkan boleh menyebabkan permohonan tersebut ditolak dan tidak akan diproses oleh LPF dengan tiada sebarang pemulangan bayaran.


    4. Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama pegawai: Puan Zurina binti Zulkifli
    Nombor telefon: 03-8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Mimi Norzeela binti Zulma
    Nombor telefon: 03-8886 3228
    E-mel: noorzeela@moha.gov.my


    Kerjasama dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  LOGO RASMI KEMENTERIAN/AGENSI BAHAN PUBLISITI   Selasa 8 APR 2025   
  • 1. Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan bahan publisiti bagi tujuan penapisan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan dokumen sokongan rasmi yang berkaitan untuk setiap paparan logo rasmi yang akan digunakan.


    2. Bersama-sama ini disertakan tatacara susunan logo seperti di Lampiran (i) dan Lampiran (ii) bagi tujuan penapisan bahan publisiti oleh LPF untuk rujukan dan perhatian selanjutnya:


    Lampiran:

    • (i)    TATACARA SUSUNAN LOGO MENGIKUT PROTOKOL KERAJAAN
    • (ii)   PENGGUNAAN LOGO RASMI KEMENTERIAN/PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

      -  SURAT SOKONGAN DARIPADA FINAS SEKIRANYA HENDAK MENGGUNAKAN LOGO FINAS DI DALAM BAHAN PUBLISITI (HENDAKLAH DIMUAT NAIK SENDIRI OLEH PIHAK SYARIKAT)


    3. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:


    Nama pegawai: Puan Zurina binti Zulkifli
    Nombor telefon: 03-8886 3219
    E-mel: zurina@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Mimi Norzeela binti Zulma
    Nombor telefon: 03-8886 3228
    E-mel: noorzeela@moha.gov.my


    4. Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.

  SYARAT & FORMAT BAHARU NOMBOR KELULUSAN IKLAN   Selasa 28 JAN 2025   
  • Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,


    YBhg. Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /Tuan /Puan,


    Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.


    2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan sedia maklum, satu surat edaran pematuhan terhadap paparan nombor kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi filem kecil iklan dan filem promosi bernombor rujukan KDN.PPF.600-1/4/2(21) telah dikeluarkan oleh Pejabat Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri pada 9 Januari 2025.


    3. Bagi memberikan lebih penjelasan kepada pihak syarikat televisyen/ operator pawagam/ penerbit/ pengedar, satu sesi perbincangan libat urus telah diadakan pada 23 Januari 2025 di Pejabat Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri. Berdasarkan maklum balas yang diperolehi semasa sesi tersebut, beberapa perkara telah diputuskan untuk dipatuhi oleh semua pihak yang berkaitan.


    4. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat nombor rujukan KDN.PPF.600-1/4/2(24) bertarikh 28 Januari 2025 yang menjelaskan maksudnya untuk tindakan dan perhatian YBhg.Tan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan selanjutnya.


    Lampiran:

        SURAT EDARAN PENETAPAN SYARAT DAN FORMAT BAHARU PAPARAN NOMBOR KELULUSAN

    5. Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung ketetapan baharu filem kecil iklan dan filem promosi ini, YBhg.Tan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan boleh menghubungi pegawai berikut:


    Nama pegawai: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
    Nombor telefon: 03-88863237
    E-mel: zatuliffah@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Fariza binti Mat Lazid
    Nombor telefon: 03-88863338
    E-mel: fariza_matlazid@moha.gov.my


    6. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /Tuan /Puan dalam mematuhi ketetapan baharu ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  NOMBOR KELULUSAN IKLAN DAN FILEM PROMOSI   Isnin 13 JAN 2025   
  • Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,


    YBhg. Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /Tuan /Puan,


    Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.


    2. Sebagaimana YBhg.Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan sedia maklum, Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024 telah dilancarkan pada 20 Mei 2024 dengan ketetapan-ketetapan berkaitan dengan penapisan filem termasuklah bagi filem kecil iklan dan filem promosi.


    3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat nombor rujukan KDN.PPF.600-1/4/2(21) bertarikh 9 Januari 2025 yang menjelaskan maksudnya untuk tindakan dan perhatian YBhg.Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan selanjutnya. Pemakaian ketetapan baharu ini berkuat kuasa mulai 20 Januari 2025.


    Lampiran:

        SURAT EDARAN PEMATUHAN PAPARAN NOMBOR KELULUSAN

    4. Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung ketetapan baharu filem kecil iklan dan filem promosi ini, YBhg.Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /tuan /puan boleh menghubungi pegawai berikut:


    Nama pegawai: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
    Nombor telefon: 03-88863237
    E-mel: zatuliffah@moha.gov.my


    Nama pegawai: Puan Fariza binti Mat Lazid
    Nombor telefon: 03-88863338
    E-mel: fariza_matlazid@moha.gov.my


    5. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri /Puan Sri /Dato’ Sri /Dato’ /Tuan /Puan dalam mematuhi ketetapan baharu ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  KETETAPAN BAHARU TAPISAN BAHAN PUBLISITI   Selasa 07 JAN 2025   
  • KETETAPAN BAHARU BERHUBUNG PERMOHONAN TAPISAN BAHAN PUBLISITI BAGI TUJUAN PENAPISAN OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM, KEMENTERIAN DALAM NEGERI



    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


    YBhg. Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan,


    Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


    2. Sebagaimana YBhg. Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum, Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) 2024 telah dilancarkan pada 20 Mei 2024 dengan ketetapan-ketetapan berkaitan penapisan filem. Sebagai lanjutan kepada garis panduan tersebut, satu ketetapan baharu berhubung penapisan bahan publisiti telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) sebagaimana di Lampiran yang disertakan. Ketetapan baharu ini adalah bertujuan bagi memastikan semua bahan publisiti filem yang ingin dipaparkan adalah selaras dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam GPPF tersebut.


    3. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran Ketetapan Baharu Berhubung Permohonan Tapisan Bahan Publisiti yang akan BERKUATKUASA MULAI 20 JANUARI 2025 bagi tujuan penapisan bahan publisiti oleh Lembaga Penapis Filem Kementerian Dalam Negeri untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan selanjutnya.


    Lampiran:

        SURAT KETETAPAN BAHARU BERHUBUNG PERMOHONAN TAPISAN BAHAN PUBLISITI

    Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato' Sri/ Dato'/ Tuan/ Puan di dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  PEMAKLUMAN KEPADA SYARIKAT / PENGEDAR   Khamis 17 OKT 2024   
  • PELANGGAN YANG DIHORMATI,


    Dimaklumkan bahawa, pihak Syarikat atau Pengedar yang ingin membuat bayaran bagi permohonan Penapisan Filem dengan menggunakan kaedah bayaran secara Bank Draft, Cek dan Kiriman Wang perlu memastikan jumlah bayaran adalah sama seperti di Invois yang di jana di Sistem iLPF.


    Pejabat ini tidak akan memproses bayaran jika amaun yang diterima berbeza dan arahan ini berkuatkuasa SERTA MERTA.


    Kerjasama dan perhatian dan pihak Syarikat atau Pengedar berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  KEPERLUAN PENYEDIAAN SARI KATA BAGI FILEM   Isnin 24 JUN 2024   
  • KETETAPAN BAHARU BERHUBUNG KEPERLUAN PENYEDIAAN SARI KATA BAGI TUJUAN PENAPISAN FILEM OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM, KEMENTERIAN DALAM NEGERI



    Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

    YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato/ Tuan/ Puan,


    Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri telah membuat ketetapan baharu bagi penggunaan sari kata yang dibenarkan bagi tujuan penapisan filem oleh LPF yang didaftarkan mengikut Garis Panduan Penapisan Filem yang baharu.


    3. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran Ketetapan Baharu Berhubung Keperluan Penyediaan Sari Kata bagi Filem yang Bukan Berbahasa Melayu yang akan BERKUATKUASA MULAI 15 JULAI 2024 bagi tujuan Penapisan Filem oleh Lembaga Penapis Filem, Kementerian Dalam Negeri untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato/ Tuan/ Puan selanjutnya.


    Lampiran:

        SURAT EDARAN KETETAPAN BAHARU BERHUBUNG KEPERLUAN PENYEDIAAN SARI KATA BAGI TUJUAN PENAPISAN FILEM

    4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato/ Tuan/ Puan di dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  GARIS PANDUAN PENAPISAN FILEM BAHARU   Selasa 21 MEI 2024   
  • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Y. Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan,


    Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan Penapisan Filem baharu telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapis Filem, Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan segala pematuhan dan perundangan berkaitan penapisan filem dipatuhi.


    Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penapisan Filem baharu untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Lampiran:

               GARIS PANDUAN PENAPISAN FILEM
               Klik di sini untuk muat turun

    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan :


           Unit Filem
           Urusetia: Puan Zurina binti Zulkifli
           Talian: 03-88863219

           Unit Iklan/ Pita
           Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa
           Talian: 03-88863237


    Perhatian dan kerjasama tuan / puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sekian.


  PENGERUSI | NAIB PENGERUSI : LPF 2024   Selasa 02 APR 2024   
  • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


    YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


    Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.


    2. Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri telah meluluskan pelantikan Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Naib Pengerusi LPF yang baharu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024 sebagaimana butiran berikut:


    Pengerusi LPF YBrs. Tuan Haji Mohamad Khir bin Mat Lazim
    Emel: mohamadkhir@moha.gov.my
    No. Tel: 03-8886 3230
    Naib Pengerusi LPF YBhg.Dato’ Dr. Nik Azmi bin Nik Omar
    Emel: nikazmi@moha.gov.my
    No. Tel: 03-8886 3229
    Alamat Surat Menyurat Lembaga Penapis Filem
    Kementerian Dalam Negeri
    Aras 2, Setia Perkasa 2, Kompleks Setia Perkasa
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62546 PUTRAJAYA

    3. Sehubungan itu, Kementerian ini berharap semoga segala kerjasama, sokongan dan hubungan baik di antara pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan pihak LPF selama ini dapat dikekalkan. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian.


  PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA   Rabu 13 DIS 2023   
  • KETETAPAN BAHARU BAGI PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA YANG DIBENARKAN BAGI TUJUAN PENAPISAN IKLAN FILEM DAN IKLAN PITA OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM



    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Y. Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan,


    Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.


    2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat ketetapan baharu bagi penggunaan bahasa sari kata yang dibenarkan bagi tujuan penapisan iklan filem dan iklan pita oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) yang didaftarkan mengikut bahasa dibenarkan mempunyai bahasa sari kata.


    3. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran Ketetapan Baharu bagi Penggunaan Bahasa Sari Kata Yang Dibenarkan Bagi Tujuan Penapisan Iklan Filem dan Iklan Pita oleh Lembaga Penapis Filem untuk rujukan dan perhatian pihak Y. Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Sri / Dato’ / Tuan / Puan selanjutnya.


    Lampiran:

        SURAT EDARAN KETETAPAN BAHARU BAGI PENGGUNAAN BAHASA SARI KATA (IKLAN FILEM/PITA)

    4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/ tuan/ puan di dalam mematuhi ketetapan ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

  PENUKARAN NAMA BANGUNAN KERAJAAN KOMPLEKS D   Isnin 21 OGOS 2023   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    MAKLUMAN BERHUBUNG PENUKARAN NAMA BANGUNAN, KERAJAAN KOMPLEKS D KEPADA KOMPLEKS SETIA PERKASA


    Adalah dimaklumkan bahawa Bangunan Kerajaan Kompleks D telah ditukar nama kepada KOMPLEKS SETIA PERKASA. Sehubungan itu, penggunaan frasa nama Kompleks Setia Perkasa menggantikan Kompleks D adalah berkuatkuasa dengan serta merta. Justeru itu, segala urusan surat-menyurat bagi Pejabat Penapisan Filem (PPF) adalah menggunakan alamat seperti butiran berikut.


    Kementerian Dalam Negeri
    Pejabat Penapisan Filem
    Aras 2, Setia Perkasa 2
    Kompleks Setia Perkasa
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62546, Putrajaya


    Perhatian semua pihak mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  PEMAKLUMAN KEPADA SYARIKAT / PENGEDAR   Khamis 06 APR 2023   
  • Kepada semua pelanggan yang dihormati,


    Dimaklumkan bahawa, semua urusan proses Penapisan Filem dengan Lembaga Penapis Filem hendaklah dibayar di atas nama “Akauntan Negara Malaysia” berkuatkuasa mulai 02 Mei 2023.


    Kerjasama dan perhatian dan pihak Syarikat/ Pengedar berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  KEPERLUAN KELULUSAN (LPF) BAGI TAYANGAN UMUM   Khamis 26 JAN 2023   
  • KEPERLUAN MENDAPATKAN KELULUSAN LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) BAGI TAYANGAN UMUM
    TERMASUK TAYANGAN PERDANA (PREMIERE SCREENING) DAN PROMOSI FILEM DI PAWAGAM ATAU PREMIS LAIN


    Dimaklumkan bahawa, sebarang tujuan tayangan perdana (premiere screening) dan promosi filem di pawagam atau premis-premis lain hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF).


    Adalah diingatkan bahawa kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan hukuman DENDA tidak kurang daripada LIMA RIBU RINGGIT (RM5,000) dan tidak lebih daripada TIGA PULUH RIBU RINGGIT (RM30,000) atau DIPENJARAKAN selama tempoh tidak melebihi TIGA (3) TAHUN atau kedua-duanya.


  PELAKSANAAN KLASIFIKASI FILEM BAHARU   Khamis 26 JAN 2023   
  • PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN BAGI KLASIFIKASI FILEM BAHARU OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM, KEMENTERIAN DALAM NEGERI


    Dimaklumkan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) akan melaksanakan Klasifikasi Filem Baharu yang telah ditambah baik dengan merangkumi lima (5) kategori yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Februari 2023. Sehubungan itu, keterangan mengenai klasifikasi filem tersebut boleh dimuat turun seperti surat di Lampiran:


    Lampiran:

       i . SURAT PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KLASIFIKASI FILEM BAHARU OLEH LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF)
       ii. LOGO KLASIFIKASI FILEM 2023
                 - KLASIFIKASI   U
                 - KLASIFIKASI   P12
                 - KLASIFIKASI   13
                 - KLASIFIKASI   16
                 - KLASIFIKASI   18

    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut::

      1.  Puan Nor Azrah Binti Abd Rasid, di talian: 03 – 8886 3188; dan

      2.  Puan Mimi Noorzeela Binti Zulma, di talian: 03 – 8886 3228


    Perhatian dan kerjasama pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

  PELAKSANAAN URUSAN PERAKUAN B   Khamis 17 NOV 2022   
  • PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN URUSAN BERKAITAN PERAKUAN B


    Dimaklumkan bahawa berdasarkan maklum balas yang diterima oleh Kementerian ini daripada pihak industri filem dan agensi kerajaan khususnya semasa sesi libat urus antara Lembaga Penapis Filem (LPF) bersama-sama operator pawagam pada 12 Julai 2022, tempoh yang telah ditetapkan untuk operator pawagam menunggu Perakuan B yang asal diterima daripada pengedar filem sebagai bukti kepada pegawai penguatkuasa Kementerian ini bahawa semua filem yang ditayangkan memiliki Perakuan B adalah seperti surat di Lampiran.


    Lampiran : SURAT PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN URUSAN BERKAITAN PERAKUAN B

    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


    Perakuan B

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof.

    Talian: 03-88863182 / 03-88863339


    Perhatian dan kerjasama operator pawagam dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, harap maklum.

 GARIS PANDUAN BAGI PENGIKLANAN   Jumaat 4 NOV 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengeluarkan satu Garis Panduan Bagi Permohonan Penapisan Filem Iklan Dan Filem Promosi (Home Shopping/ Jualan Langsung) bagi Produk Barangan Elektrik dan Elektronik serta Peralatan atau Peranti Frekuensi bagi memastikan segala perundangan berkaitan barangan elektrik dan elektronik serta peralatan atau peranti frekuensi dipatuhi.


    Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Bagi Permohonan Penapisan Filem Iklan Dan Filem Promosi (Home Shopping/ Jualan Langsung) bagi Produk Barangan Elektrik dan Elektronik serta Peralatan atau Peranti Frekuensi untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat. Garis panduan ini adalah berkuatkuasa serta merta mulai tarikh surat ini dikeluarkan.


    Lampiran : GARIS PANDUAN IKLAN DAN PROMOSI

    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Harap Maklum


 PERAKUAN B DAN BAHAN PUBLISITI (PITA & FILEM)  Ahad 18 SEP 2022   




  • Dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah melaksanakan penambahbaikan bagi Modul Perakuan B dan Bahan Publisiti (Pita & Filem) berkuatkuasa mulai 18 September 2022 (Ahad).


    Antara proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran dilaksanakan setelah permohonan Bahan Publisiti (Pita & Filem) dikemukakan;
    • Borang senarai pawagam bagi permohonan Perakuan B untuk tujuan tayangan di pawagam perlu dikemukakan dan dimuat naik di dalam Sistem iLPF; dan
    • Syarikat dibenarkan untuk mengemaskini dokumen/media yang bermasalah bagi permohonan Perakuan B dan Bahan Publisiti (Pita & Filem) di dalam Sistem iLPF (sekiranya berkaitan).

    Sila rujuk infografik yang disertakan untuk penambahbaikan yang terlibat.


    Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


    Perakuan B / Bahan Publisiti (Pita & Filem)

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof.

    Talian: 03-88863182 / 03-88863339


    Perhatian dan kerjasama pihak syarikat dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


    Sekian, terima kasih.

 PENAMBAHBAIKAN PERMOHONAN PERAKUAN B   Selasa 16 OGOS 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan maklum balas yang diterima daripada industri filem dan agensi kerajaan, terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas prosedur permohonan Perakuan B bagi tujuan tayangan di pawagam. Sehubungan itu, sementara perubahan di dalam Sistem iLPF dapat diselesaikan, senarai pawagam berserta bilangan DCP dan kuantiti Perakuan B yang dipohon hendaklah dikemukakan dalam permohonan Perakuan B berkuatkuasa mulai 18 Ogos 2022. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan di tolak.


    Bersama-sama ini disertakan pautan Borang Senarai Pawagam untuk tindakan pihak syarikat semasa mengemukakan permohonan Perakuan B. Pihak syarikat juga boleh mengemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat emel kepada pegawai-pegawai seperti berikut sariah@moha.gov.my dan zalilah@moha.gov.my


    Lampiran : BORANG SENARAI PAWAGAM

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:


    Perakuan B

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah / Cik Sariah binti Yusof

    Talian: 03-88863182/ 03-88863339


    Harap Maklum


 Aliran Proses Permohonan Perakuan A Syarikat  Selasa 21 Jun 2022   


  • Dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah melaksanakan penambahbaikan bagi Modul Perakuan A (Pita & Filem) yang baharu dan ianya telah berkuatkuasa mulai 19 Jun 2022 (Ahad).


    Proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran Pertama perlu dilaksanakan setelah permohonan Perakuan A (Pita & Filem) dikemukakan; dan
    • Syarikat dibenarkan untuk mengemaskini dokumen/media yang bermasalah bagi permohonan Perakuan A (Pita & Filem) di dalam sistem iLPF (sekiranya berkaitan).

    Sila rujuk infografik dan lampiran Kadar Bayaran Penapisan Filem yang disertakan untuk penambahbaikan yang terlibat.

    Kadar Bayaran Penapisan Filem

    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :


    Perakuan A - Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Perakuan A - Filem

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah

    Talian: 03-88863182


    Sekian, terima kasih.


 Borang Perakuan Berkanun   Selasa 22 Mac 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan bagi Borang Perakuan Berkanun Hak Cipta.


    Bersama-sama ini disertakan Borang Perakuan Berkanun tersebut untuk tindakan pihak syarikat semasa mengemukakan permohonan penapisan filem.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Perakuan A (Pita)

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa/ Puan Fariza binti Mat Lazid

    Talian: 03-88863237/ 03-88863338


    Borang Perakuan Berkanun
 Garis Panduan Pengiklanan  JUMAAT 18 Feb 2022   
  • Adalah dimaklumkan bahawa satu Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma telah dikeluarkan bagi memastikan segala perundangan berkaitan kutipan derma dipatuhi.


    Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Garis Panduan Pengiklanan Aktiviti Kutipan Derma
 PEKELILING BAHARU : PEKELILING LPF BIL. 2/2021  JUMAAT 1 OKT 2021   
  • Adalah dimaklumkan bahawa satu Pekeliling baharu telah dikeluarkan bagi penambahbaikan dari segi penamaan tajuk filem dan pita iklan serta penyeragaman papan cerita untuk tujuan penapisan filem oleh Lembaga Penapis Filem.


    Bersama-sama ini disertakan Pekeliling LPF Bil.2/2021 untuk tindakan dan rujukan pihak syarikat.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    PEKELILING LPF BIL. 2/2021
 Aliran Proses Permohonan Iklan oleh Syarikat  JUMAAT 9 JUL 2021   


  • Adalah dimaklumkan bahawa penambahbaikan proses pada Modul Iklan Pita/ Modul Iklan Pita dalam Talian/ Modul Iklan Filem/ Modul Iklan Filem Dalam Talian akan dilaksanakan berkuatkuasa mulai 12 Julai 2021.


    Proses yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

    • Pembayaran dibuat setelah penghantaran permohonan iklan
    • Bagi permohonan di dalam Modul Iklan Pita Dalam Talian dan Modul Iklan Filem Dalam Talian, pihak syarikat boleh mengemukakan media secara dalam talian mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

    Sila rujuk infografik yang disertakan untuk aliran proses-proses tersebut.


    Untuk sebarang pertanyaan, pihak syarikat boleh berhubung dengan:


    Iklan Pita

    Urusetia: Puan Zatul-Iffah binti Mustafa

    Talian: 03-88863237


    Iklan Filem

    Urusetia: Cik Hanis Syazwani binti Lah

    Talian: 03-88863182

 Sistem e-Temujanji KDN  KHAMIS 11 MAC 2021   
  • ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) TELAH MENYELARASKAN SEMUA URUSAN YANG MELIBATKAN KAUNTER PERKHIDMATAN DENGAN MENGGUNAPAKAI SISTEM e-TEMUJANJI. SEHUBUNGAN ITU, SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA URUSAN TEMUJANJI KAUNTER PEJABAT PENAPISAN FILEM KDN PERLU DIDAFTARKAN MELALUI SISTEM e-TEMUJANJI KDN MULAI 15 MAC 2021 DI PAUTAN: https://etemujanji.moha.gov.my/ .


    SLOT TEMUJANJI PERLU DIPOHON 2 HARI SEBELUM TARIKH URUSAN BERKENAAN. PENGESAHAN TARIKH TEMUJANJI AKAN DIBERIKAN MELALUI E-MEL YANG DIDAFTARKAN DALAM SISTEM e-TEMUJANJI SAHAJA.


    BAGI SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI URUS SETIA DI TALIAN 03-8886 3094.


    SEKIAN, TERIMA KASIH.


  LOG MASUK SISTEM iLPF


Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2026.